Tutorial : Aktifkan 'God Mode' Di Windows 7 Anda

God Mode

Baiklah pada post kali ini saya akan kongsikan satu tip atau trik yang ringkas dan berguna iaitu cara untuk aktifkan ‘God Mode’ pada Windows 7 anda.
God Mode


Apa itu ‘God Mode’?
God Mode’ pada Windows 7 membolehkan anda akses kesemua setting yang terdapat pada Control Panel dalam satu folder,ianya dinamakan GodMode folder.
Bagaimanakah cara mengaktifkannya?
Caranya adalah cukup mudah,hanya ikut langkah-langkah yang admin berikan.

 1.Buat satu folder baru pada desktop anda misalnya.(Lihat gambar)
 

2.Kemudian,namakan folder tersebut dengan nama GodMode.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}
(Jika anda rasa susah untuk menamakan Folder tersebut secara manual,hanya copy code yang berwarna merah dan letakkannya sebagai nama Folder tersebut) 
Dan anda akan dapati satu folder dengan icon control panel akan muncul.



Apabila anda klik pada folder tersebut,anda akan dapat lihat senarai setting dalam Control Panel Windows 7 anda di dalam satu folder.

Selamat mencuba!
SHARE

Papa Mama

Hi. I’m Eyon. I’m Founder of CyberYour.blogspot.Com. I’m Writer and Photographer. Inspired to make things looks better.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment